KOTA KINABALU, 27 November - Sembang JPAS 10-Min #1.0 adalah satu webinar dalaman JPAS yang julung kali diadakan. Tujuan webinar ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman serta terus menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan warga JPAS.

Para pembentang adalah terdiri daripada warga JPAS sendiri termasuklah Pengarah. Pelaksanaan Webinar ini akan diteruskan dari masa ke masa dengan perkongsian pelbagai topik berkaitan alam sekitar dan pembangunan diri.

Adalah diharapkan penganjuran webinar dalaman ini dan acara-acara serupa dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa hadapan sebagai suatu platfrom bagi warga JPAS untuk meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran dalam penggunaan aplikasi digital di samping membantu penyesuaian diri dengan norma norma baharu.