KOTA KINABALU, 22 April - Hari Bumi pada tahun ini disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu pada 22 April. Sebagai aktiviti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, kakitangannya telah menyediakan mesej alam sekitar dalam bentuk e-flyers untuk menyambut Hari Bumi 2020. Walaupun aktiviti di lapangan tidak dapat dilaksanakan bersama untuk menyambut Hari Bumi pada tahun ini, namun semangat tetap utuh dalam perjuangan perlindungan alam sekitar di Sabah.

JPAS mengucapkan Selamat Hari Bumi 2020 dan semoga penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan efektif dalam masa terdekat ini.

 #stayathome #staysafe #careforPeopleandEarth

*Contoh e-flyers yang disediakan oleh kakitangan JPAS adalah seperti di bawah-