Bengkel Modul Dan Boardgames Pendidikan Alam Sekitar Bagi Persekitaran Marin Untuk Komuniti Di Sabah (Kudat)

Kudat, 11 April 2019 – Seramai lebih 60 wakil agensi kerajaan, komuniti, guru-guru dan pelajar sekolah telah menghadiri Bengkel Modul dan Boardgames Pendidikan Alam Sekitar Bagi Persekitaran Marin untuk Komuniti di Sabah pada hari ini. Bengkel berkenaan adalah sebahagian daripada siri bengkel yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Tuan Assaffal Bin P. Alian baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Bengkel ini diadakan di Kudat Golf & Marina Resort untuk memberi peluang kepada para pelajar, guru-guru, komuniti serta agensi kerajaan di Daerah Kudat menggunakan modul dan boardgames berkenaan.

Dalam ucapan alu-aluan Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Encik Vitalis J. Moduying, beliau telah menyatakan bahawa satu modul dan empat boardgames pendidikan persekitaran marin telah dihasilkan sebagai output “Kajian Modul dan Boardgames Pendidikan Alam Sekitar Bagi Persekitaran Marin untuk Komuniti di Sabah” yang bermula pada bulan Julai 2017 dan dijangka berakhir pada Jun 2019. Kajian dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah melalui WWF-Malaysia dan kawasan kajian meliputi empat buah daerah di Sabah iaitu Tawau, Sandakan, Kudat dan Semporna.

“Setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan perlu turut serta menjayakan aktiviti menjaga, melindungi dan memulihara alam sekitar,” kata beliau.

Encik Vitalis J. Moduying juga menekankan bahawa penyertaan komuniti setempat dalam membantu usaha perlindungan dan pemuliharaan amatlah penting demi menjadikan hidupan marin di Negeri Sabah sebagai lokasi ikon pelancongan yang kaya dengan keindahan ekosistem lautnya.

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bersama-sama dengan WWF-Malaysia telah melaksanakan satu bengkel di Kota Kinabalu baru-baru ini dan selepas Kudat, tiga lagi siri bengkel akan diadakan di daerah Tawau, Sandakan dan Semporna bagi melengkapkan siri jelajah bagi membolehkan para pelajar dan wakil-wail komuniti di daerah-daerah berkenaan mengambil bahagian menggunakan modul dan boardgames berkenaan.

Wisma Budaya, 1-3 Floor, Tunku Abdul Rahman Road, Locked Bag 2078, 88999 Kota Kinabalu, Sabah.

TELEPHONE : +60 88 251 290 / 251 291

FAX : +60 88 238 120

EMAIL: jpas@sabah.gov.my

Disclaimer:  The Department shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website

BEST VIEWED WITH CHROME, MINIMUM RESOLUTION OF 1024 X 768

PRIVACY POLICY

SECURITY POLICY

WEBSITE LAST UPDATED ON 23 OCTOBER 2019