EPD News

Kota Kinabalu, 12 April 2021 - Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah membangunkan board game digital Polis Alam Sekitar (POLAS) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar mengenai sumber pencemaran marin dan kesan terhadap persekitaran laut dan masyarakat setempat serta memupuk semangat bekerjasama dalam menangani masalah pencemaran marin. Permainan board game Pendidikan Alam Sekitar Marin ini adalah yang pertama dihasilkan di Sabah. Permainan ini telah dihasilkan dalam satu Kajian Pendidikan Alam Sekitar oleh jabatan ini yang selesai dilaksanakan pada tahun 2019. Penghasilan board game digital adalah salah satu inisiatif jabatan ke arah usaha pendigitalan Kerajaan Negeri Sabah.

Board game digital Polis Alam Sekitar (POLAS) telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar hari ini bertempat di Galeri Balai Seni Lukis, Kota Kinabalu.

Ketik disini untuk muat turun POLAS bagi aplikasi Android dan Windows .

KOTA KINABALU, 9 April 2021- Sembang JPAS #2.0 adalah webinar dalaman JPAS bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman serta menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan warga JPAS.

Para pembentang adalah terdiri daripada warga JPAS sendiri. Pelaksanaan Webinar ini dilaksanakan dari masa ke masa dengan perkongsian pelbagai topik berkaitan alam sekitar dan pembangunan diri.

Webinar ini merupakan suatu platform bagi warga JPAS untuk meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran dalam penggunaan aplikasi digital di samping membantu penyesuaian diri dengan norma norma baharu.

KOTA KINABALU, 2 Disember 2020 - Seminar Virtual Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai Anti Rasuah telah diadakan hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada kakitangan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar mengenai rasuah dan salah guna kuasa serta Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP). Ceramah telah disampaikan oleh Puan Aini Binti Awang Muda, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sabah dan Puan Nooraizah Binti Junid, Pegawai Siasatan SPRM Sabah. Seramai 52 kakitangan JPAS telah menghadiri seminar ini secara online.

Kota Kinabalu, 7 April 2021 – Sempena Mesyuarat Akauntan Gunasama 2021 yang telah diadakan pada 01 April 2021 bertempat di Sabah International Convention Center, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar adalah antara beberapa buah Kementerian/Jabatan/Pejabat Daerah yang telah menerima Sijil Anugerah Pengurusan Akaun Terbaik bagi Pengurusan Baucar Terbaik 2020 daripada Jabatan Bendahari Negeri.

KOTA KINABALU, 27 November - Sembang JPAS 10-Min #1.0 adalah satu webinar dalaman JPAS yang julung kali diadakan. Tujuan webinar ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman serta terus menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan warga JPAS.

Para pembentang adalah terdiri daripada warga JPAS sendiri termasuklah Pengarah. Pelaksanaan Webinar ini akan diteruskan dari masa ke masa dengan perkongsian pelbagai topik berkaitan alam sekitar dan pembangunan diri.

Adalah diharapkan penganjuran webinar dalaman ini dan acara-acara serupa dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa hadapan sebagai suatu platfrom bagi warga JPAS untuk meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran dalam penggunaan aplikasi digital di samping membantu penyesuaian diri dengan norma norma baharu.

Wisma Budaya, 1-3 Floor, Tunku Abdul Rahman Road, Locked Bag 2078, 88999 Kota Kinabalu, Sabah.

TELEPHONE : +60 88 251 290 / 251 291

FAX : +60 88 238 120

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disclaimer:  The Department shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this Website

BEST VIEWED WITH CHROME, MINIMUM RESOLUTION OF 1024 X 768

PRIVACY POLICY

SECURITY POLICY

WEBSITE LAST UPDATED ON 12 APRIL 2021